Inovasi produk dan ‘Launching’ produk baru Ikon Usahawan NADI Presint 16
2 April 2024 | Aktiviti Terkini1 April 2024, Isnin – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Presint 16 telah mengadakan perjumpaan bersama IKON Usahawan NADI Presint 16 yang bertempat di bilik latihan bermula jam 2:30 petang – 3:30 petang.
Sesi perjumpaan dimulakan dengan perbincangan tentang Sesi Penggambaran Usahawan NADI bagi program Selamat Pagi Malaysia dan BizMalaysia (April 2024). Usahawan NADI Presint 16 iaitu Encik Shamsuddin Bin Mansurdin peniaga “Ayor Mate Kucing” telah terpilih untuk diwawancara dalam rancangan televisyen Selamat Pagi Malaysia yang dijangka akan berlangsung selepas Hari Raya Aidilfitri 2024.
Seterusnya, adalah sesi perbincangan ‘launching’ produk baru iaitu Kordial Ayor Mate Kucing dan inovasi produk dengan mengaplikasikan Teknologi Retort didalam produknya dimana fungsinya adalah produk Ayor Mate Kucing yang dibotolkan dapat bertahan sehingga 2 tahun.
Daripada produk inovasi tersebut usahawan dapat memasukkan produknya didalam e-dagang platform seperti TikTok dan juga Shopee secara tidak langsung dapat memperluaskan lagi produk tersebut sehingga satu Malaysia. Sesi perjumpaan tamat pada jam 3:30 petang dan disempurnakan dengan sesi penyerahan sijil penghargaan dan sesi bergambar bersama-sama.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: